PROGRAM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2025
KEM SMART HAFAZAN adalah program hafazan Al-Quran dan penghayatan hidup islam yang merupakan program sampingan Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) ketika cuti sekolah. Ia diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari teknik hafazan berkesan yang dilaksanakan di PTDH di samping dapat membantu ibu bapa menjaga anak-anak pada musim cuti sekolah.
Melalui program ini, para pelajar dapat menghafal surah-surah penting terutama surah yang menjadi silibus Al-Quran UPKK & UPSRA. Mereka juga berpeluang mempelajari ilmu penghayatan hidup Islam seperti tahsin solat, Tahsin bacaan Al-Quran, tadabbur Al-Quran untuk kanak-kanak & pelbagai lagi.

Pelajar Kem Smart Hafazan 2024

Testimoni daripada kem smart hafazan tahun 2025

Sebahagian daripada aktiviti di dalam Kem Smart Hafazan 2024
Kami di PTDH akan memastikan masa anak tuan/puan dapat dimanfaatkan dan menikmati masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. InsyaAllah para pelajar akan mengetahui kaedah hafazan yang betul dan berkesan setelah mengikuti program ini sekaligus dapat memupuk minat para pelajar dengan Al-Quran.
TARIKH : 17 - 19 SEPTEMBER 2025
HARI : RABU - JUMAAT
MASA : 8:00 PAGI – 4.00 PTG
LOKASI : PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN, Kg Datuk Keramat KL