PROGRAM CUTI SEKOLAH SEPTEMBER 2025
KEM SMART HAFAZAN adalah
program hafazan Al-Quran dan penghayatan hidup Islam yang
merupakan program sampingan Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) ketika cuti
sekolah. Ia diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar mempelajari teknik
hafazan berkesan yang dilaksanakan di PTDH di samping dapat membantu ibu bapa
menjaga anak-anak pada musim cuti sekolah.
Melalui program ini, para pelajar
dapat menghafal surah-surah penting terutama surah yang menjadi silibus
Al-Quran UPKK & UPSRA. Mereka juga berpeluang mempelajari ilmu penghayatan
hidup Islam seperti tahsin solat, Tahsin bacaan Al-Quran, tadabbur Al-Quran
untuk kanak-kanak & pelbagai lagi.
![]()
Pelajar Kem Smart Hafazan 2024
Testimoni daripada kem smart hafazan tahun 2025
Sebahagian daripada aktiviti di dalam Kem Smart Hafazan 2024
Kami di PTDH akan memastikan masa anak tuan/puan dapat dimanfaatkan dan menikmati masa cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. InsyaAllah para pelajar akan mengetahui kaedah hafazan yang betul dan berkesan setelah mengikuti program ini sekaligus dapat memupuk minat para pelajar dengan Al-Quran.
TARIKH
: 17 - 19 SEPTEMBER 2025
HARI :
RABU - JUMAAT
MASA :
8:00 PAGI – 4.00 PTG
LOKASI :
PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN, Kg Datuk Keramat KL
YURAN : RM 180
( Termasuk makan pagi & tengahari )
..........................................................................
✅
Early bird RM 150
M
ENGAPA ANAK ANDA PERLU MENYERTAI KEM INI?
– Berpengalaman dalam menganjurkan program pelajar
– Mempunyai teknik hafazan sistematik yang terbukti berkesan
– Guru yang berkelayakan dan berpengalaman
– Lokasi yang strategik
– Suasana yang kondusif dan selesa ( bilik berhawa dingin )
– Modul yang terancang dan selaras dengan silibus Al-Quran UPKK & UPSRA
– PTDH merupakan penerima anugerah kafa swasta terbaik daripada Jabatan Agama Islam Wilayah ( JAWI ) sepanjang 3 tahun berturut-turut.
Daftar sekarang!!!
Pertanyaan :
01154215400 : Admin